5/23/13

Tian Chua, Haris Ibrahim pula ditahan



Tian Chua, Haris Ibrahim pula ditahan
Malaysiakini12:40PM Mei 23 2013  

Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

Beliau juga turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Pendakwaan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.

Jurucakap bagi sekumpulan 50 NGO yang menganjurkan perhimpunan di Petaling Jaya pada Sabtu ini, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.

Sebaliknya, perhimpuan berkenaan adalah Festival Rakyat untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

5/22/13

Kos hantar bungkusan ke luar negara naik 400 peratus



Kos hantar bungkusan ke luar negara naik 400 peratus
21 Mei 2013
  
Golongan yang bergantung kepada perkhidmatan mel nasional Pos Malaysia Bhd untuk menghantar bungkusan kini perlu menanggung kos pos lebih 400 peratus berbanding sebelum ini.

Pos Malaysia kini menetapkan kadar tetap RM60 untuk setiap bungkusan dengan berat kurang dari 1kg untuk destinasi ke Eropah.

Kadar lama adalah antara RM15 hingga RM20.

Pos Malaysia dalam satu nota yang dimuatkan di laman rasminya menyebut, syarikat itu menstruktur semula tarif mel dan bungkusannya, serta menetapkan semula zon destinasi berkuatkuasa Mei 2013.

- Malaysiakini

5/21/13

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak



Semoga Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang baru dilantik dapat mempertingkatkan keselamatan awam dan rakyat. Adakah beliau akan mengeluarkan kenyataan kepada warga asing yang merompak dan melakukan jenayah agar balik ke negara asal atau keluar dari Malaysia?

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak
Malaysiakini, Mei 20 2013  

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.

5/16/13

HIMPUNAN BLACKOUT 505 - N9




Tarikh : 17 Mei 2013 (JUMAAT)
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Pusat Komersial Oakland, Seremban 2

Cadangan ibu negara di Kuching, pusat pentadbiran Malaysia di Petrajaya




Selepas ini bolehlah dicadangkan agar pusat pentadbiran kerajaan Malaysia berpindah dari Putrajaya ke Petrajaya di Sarawak, dan ibu negara dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Kabinet baru, jumlah dan pecahan ikut parti
Malaysiakini 15 Mei 2013

Bilangan teramai menteri dari Sabah dan Sarawak:
1) Datuk Joseph Kurup (Sabah / PBRS) - Jabatan Perdana Menteri
2) Datuk Joseph Entulu (Sarawak / PRS) - Jabatan Perdana Menteri
3) Nancy Shukry (Sarawak / PBB) - Jabatan Perdana Menteri
4) Datuk Idris Jala (Sarawak / Senator) - Jabatan Perdana Menteri
5) Datuk Anifah Aman (Sabah / Umno) - Luar Negeri
6) Datuk Fadilah Yusof (Sarawak / PBB) - Kerja Raya
7) Datuk Richard Riot (Sarawak / SUPP) - Sumber Manusia
8) Datuk Ewon Ebin (Sabah / Upko) - Sains, Teknologi dan Inovasi
9) Datuk Maximus Ongkili (Sarawak / PBS) - Tenaga, Air dan Teknologi Hijau
10) Datuk Douglas Uggah (Sarawak / PBB) - Perusahaan Perladangan dan Komoditi
11) Datuk Rohani Karim (Sarawak / PBB) - Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat
12) Datuk Shafie Apdal (Sabah / Umno) - Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
13) Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah / Umno) - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar

Ahli PAS dan UMNO di Rembau tunjuk jalan perpaduan



Rembau 15 Mei 2013 – Satu berita yang agak mengejutkan semasa perjumpaan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota, Parlimen Rembau malam tadi. Seorang Ketua UPU di sebuah kampung di DUN Kota mengatakan kampung mereka tengah panas sekarang ini. Semua yang hadir terkejut, ingatkan apa yang panas, ada ugutan terhadap ahli PAS ke dan sebagainya.

Diberitahu kampung mereka sedang panas kerana masjid kariah di tempat mereka Imam 1 yang ahli UMNO, Bilal pun ahli UMNO malahan semua AJK yang ahli UMNO ingin meletakkan jawatan. Mereka ingin melantik Imam, Bilal dan AJK dari ahli PAS. Apa puncanya kenapa Imam, Bilal dan AJK bertindak demikian tidaklah ditanya lebih lanjut.

Apa yang diketahui ahli PAS dan pemuda PAS di kampung tersebut telah lama memakmurkan masjid di kampung tersebut dengan solat jemaah walaupun mereka tahu Imam, Bilal dan AJK masjid tersebut adalah ahli UMNO, kerana pada mereka solat jemaah di masjid dan memakmurkan masjid Allah adalah merupakan tanggungjawab seorang Islam tidak kira apa parti mereka.

Diharapkan semua ahli PAS, terutamanya para pemuda PAS di Negeri Sembilan sentiasa mengimarahkan dan memakmurkan masjid dengan solat jemaah dan menghadiri kuliah ilmu hanya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Kepada bekas Timbalan Presiden yang berasal dari DUN Kota, Rembau yang sentiasa menghebohkan mengenai perpaduan PAS dan UMNO dan juga ahli ISMA dengan slogan ISMA iaitu "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" belajar-belajar dari ahli PAS dan UMNO dari DUN Kota ini yang tidak tinggi ilmu agama mereka , tidak banyak berseminar dan beretorik, tetapi faham apa maksud sebenar perpaduan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Perpaduan PAS dan UMNO bermula dengan solat jemaah, bermula di masjid, bermula dalam kuliah ilmu, bukannya bermula di Utusan Malaysia dan TV3.

Masjid kariah mana di DUN Kota yang berlaku berita mengejut ini? Kita ada 24 masjid kariah di DUN Kota, bolehlah SB, pemimpin UMNO turun dari masjid ke masjid selepas ini, bukan untuk menyiasat, tapi untuk memakmurkan masjid-masjid di DUN Kota ini., terutama Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.

Teruskan mendapat berita semasa DUN Kota, Rembau di http://pas-n28-kota.blogspot.com

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (Q.S. Ali Imron ayat 103)

-surah al-Imran ayat 54; ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang”